RSS

Puisi Laila Majnun

19 Mar

Hanya kata “Laila” yang sangat berarti. Ketika orang membicarakan

hal lain, majnun akan menutup telinganya dan mengunci mulutnya.

 

Katakan padanya: “Orang yang telah mengorbankan segalanya untuk-Mu

menyampaikan salam dari jauh. Titipkan sehembus nafas-Mu melalui sang

angin untuk memberitahu dia bahawa engkau masih memikirkannya.”

“Oh lilin jiwaku jangan kau siksa diri ku, ketika aku mengelilingimu,

 kau telah memikatku, kau telah merampas tidurku, akalku juga tubuhku.”

Laila adalah cahaya fajar, Majnun adalah sebatang lilin Laila adalah

keindahan, Majnun adalah kerinduan Laila menabur benih cinta, Majnun

menyiraminya dengan air mata Laila memegang cawan anggur cinta, Majnun

berdiri mabuk oleh aromany..

 

“Aku bagaikan orang yang kehausan, kau pimpin aku menuju sungai

Eufrat, lalu sebelum sempat aku minum, kau menarikku dan kembali ke

kawasan panas membara, padang pasir yang tandus !..

Kau mengajakku ke meja jamuan, tapi tidak pernah mempersilakanku

makan ! mengapa kau menampakkannya kepadaku di awal, jika tidak pernah

berniat untuk membiarkan aku memiliki hartaku.?”

“Aku melihat matanya dalam matamu, lebih hitam dari kegelapan. Namun

bayangannya tidak akan kembali oleh hanya kesamaan. Kerana apa yang

telah hilang dariku tidak akan digantikan. Dan yang tersisa hanyalah

kenangan yang menyakitkan.”

 

“Setiap hembusan angin membawa keharumanmu untukku. Setiap kicauan

burung mendendangkan namamu untukku. Setiap mimpi yang hadir membawa

wajahmu untukku. Aku milikmu, aku milikmu, jauh maupun dekat. Dukamu

adalah dukaku, seluruhnya milikku, di manapun ia tertambat.”

Di alam ini semua hal ditakdirkan untuk binasa, tidak ada yang abadi.

 Namun, jika Anda “mati” sebelum Anda mati, berpaling dari dunia dan

kemunafikan wajahnya, Anda akan meraih keselamatan dalam kehidupan yang

abadi. Terserah pada Anda: Anda adalah penentu bagi takdir Anda sendiri.

 Pada akhirnya kebaikan akan bersatu dengan kebaikan dan keburukan

dengan keburukan. Ketika rahasia Anda diteriakkan dari puncak gunung dan

 gaungnya kembali, Anda akan mengenali suara itu sebagai suara Anda

sendiri..

 

Jalan kita berbeza dan tidak akan pernah bertemu.. Kau adalah sahabat bagi dirimu sendiri. Diriku adalah musuh terbesarku.

Apakah kau fikir akulah yang kau lihat dihadapamu ?

Kau membayangkan bahawa kau melihatku,

tapi dalam kenyataannya aku tidak ada lagi.

Aku telah tiada dan hanya yang dicintai yang kini tersisa.

Akhirnya seorang sufi bermimpi melihat Majnun berada di samping

Tuhan, dan Tuhan membelai-belai kepala Majnun dengan penuh kecintaan dan

 kasih sayang. Majnun disuruh duduk di samping Tuhan, lalu Tuhan

berkata: “Tidakkah engkau malu memanggil Aku dengan nama Laila setelah

kau teguk anggur cinta-Ku? “ sufi itu terbangun dalam keadaan cemas, Ia

melihat posisi Majnun, tetapi di manakah Laila.. ? Tuhan mengilhamkan

dalam hatinya, bahwa posisi Laila lebih tinggi lagi, karena Laila

menyembunyikan kisah cinta dalam hatinya..

 

Laila..

berlalu masa,saat orang meminta pertolonganku

dan sekarang adakan seseorang penolong

yang akan memberitahu rahsia jiwaku pada Laila?

wahai Laila cinta telah membuatkan aku lemah tak berdaya

sperti anak hilang,jauh dari keluarga dan tidak

memiliki harta..

wahai angin

sampaikan salam ku pada Laila!tanyakan padanya adakah dia masih mahu berjumpa dgnku?

bukankah aku telah berkorban kebahagianku kerananya?

hingga diri ini terbiar,sengsara di padang pasir gersang..

wahai kesegaran pagi yang murni dan indah

mahukah kau sampaikan kerinduanku pada Laila

belailah rambutnya yang hitam berkilau,

untuk mengungkapkan dahagacinta yg memenuhi hatiku..

wahai angin mahukah kau membawa keharuman rambutnya kepada ku? sebagai pelepas rindu di hati..

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada Maret 19, 2012 inci So Sweet

 

Tinggalkan komentar